'Saya masih berlakon' - Cristina Suzanne

Iklan
Cristina Suzanne tidak pernah meninggalkan dunia seni.

AKTRES Cristina Suzanne memaklumkan masih aktif berlakon dan tidak pernah sesekali mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni.

Bagaimanapun, wanita berusia 39 tahun itu mengakui kesilapan diri apabila tidak pernah memberikan kenyataan biarpun ada cakap-cakap belakang yang mengatakan dia tidak lagi berminat untuk berlakon.

Iklan
Iklan

"Selepas melahirkan anak lima tahun lalu, saya perlu mengutamakan emosi anak dan tidak lagi menerima tawaran secara berturut-turut.

"Ikutkan dalam tempoh lima tahun ini pun, saya masih lagi berlakon cuma tidak boleh menerima tawaran yang memerlukan saya memberi komitmen masa yang panjang di lokasi.

Iklan

"Sekarang anak saya, Noah sudah berusia lima tahun dan saya kira ini masa yang sesuai untuk kembali aktif," katanya.

Cristina Suzanne ketika sidang akhbar majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya, Babah di Damansara baru-baru ini.

Cristina berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya, Babah di Damansara baru-baru ini.

Iklan

Tambah Cristina atau nama penuhnya Cristina Suzanne Stockstill, tidak ada istilah selektif dalam diari kerjayanya, sebaliknya dia lebih berhati-hati sebelum menerima tawaran.

Bagi pelakon yang mula meledak menerusi filem KIL itu, setiap tawaran lakonan yang diberikan adalah rezeki yang harus disyukuri dan dipertimbangkan.

"Saya bukanlah memilih sangat, terima juga apa sahaja tawaran lakknan yang diberikan, tetapi saya akan terima yang sesuai dengan kemampuan lakonan saya. Ambil watak yang selesa saya lakonkan.

"Saya utamakan kualiti sesebuah naskhah dan kalau boleh, saya mahu elakkan permainan watak yang sama. Bagi saya daripada watak itu, kita boleh naik taraf kualiti lakonan,” jelasnya.

Babah dibintangi Qi Razali, Cristina Suzanne, Sweet Qismina dan Adam Lee.

Dalam pada itu, berkongsi pengalamannya menjayakan watak ibu buat pertama kali dalam filem Babah, pelakon berdarah kacukan Melayu dan Jerman ini menegaskan tidak akan sewenang-wenangnya memegang karakter sebegitu tanpa transisi masa yang bersesuaian.

Berbeza dengan Babah, dia memegang watak sebagai ibu bermula usia 30-an dan seterusnya menginjak ke demensi masa 15 tahun kemudian.

"Kalau ada lagi yang tawar watak ibu selepas ini, saya tidak mahulah. Dalam filem ini, ada transisi watak dari anak kecil sehingga besar. Jadi saya terima kerana bukan dari mula saya tiba-tiba jadi ibu kepada remaja.

"Bagi saya watak dalam filem ini agak berat kerana kebiasaannya watak orang tua tidak bermain dengan dialog yang banyak tetapi lebih kepada permainan emosi.

"Alhamdulillah keserasian dengan pelakon lain juga dapat selepas dua hari memulakan penggambaran," ujarnya.

Selain Cristina, filem Babah turut dibintangi Qi Razali, Sweet Qismina dan Adam Lee. Naskhah arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim itu akan menemui penonton di pawagam pada 5 Disember ini.