Jangan cari nikmat dengan membuli
Iklan
KES pelajar kadet Akademi Latihan Ketenteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ditekap seterika muncul lagi. Cuma nasib baik, kejadian ini sempat ditularkan dan tragedi ini belum lagi sampai ke tahap kematian.
Sebenarnya apa yang berlaku, bukanlah bermaksud universiti atau apa sahaja institusi gagal mengawal pelajarnya. Manusia secara umumnya ada naluri kejam dan ganas.