MOSCOW - Calon presiden Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan calon Demokrat, Kamala Harris, sedang bersaing sengit menjelang pilihan raya presiden, menurut tinjauan terkini Leger yang dikeluarkan oleh New York Post pada Isnin, lapor RIA Novosti/Sputnik.
Kedua-dua calon memperoleh sokongan 49 peratus menjelang pengundian pada Selasa, manakala dua peratus responden lain menyatakan mereka akan mengundi calon lain.