'Ubat gila' dadah pilihan termasuk pelajar sekolah di Kelantan

Iklan
Mohd Yusoff Mamat

KOTA BHARU - Polis Kelantan mendedahkan isu dadah di negeri ini serius apabila 'ubat gila' yang dikenali sebagai yaba atau pil kuda menjadi pilihan utama segelintir individu termasuk pelajar sekolah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ia berdasarkan hasil risikan, maklumat serta susulan beberapa kejayaan rampasan barang terlarang itu yang direkodkan oleh pasukan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Bagi saya masalah ini serius (dadah), tapi nak bagi tahap itu agak susah. Tapi jika tuan-tuan lihat sendiri masalah sosial di Kelantan ini serius.

"Sebagaimana budak-budak sekolah pun terlibat dengan (penagihan) pil kuda yang kini kita panggil yaba. Yaba ini ubat gila, ramai yang terlibat.

Iklan

"Hasil daripada maklumat risikan kita, yaba sangat popular di Kelantan bukan syabu, ganja atau heroin. Selain itu, ia turut popular Terengganu dan Pahang," katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, melihat kepada situasi itu pihaknya akan mewujudkan pasukan khas dalam usaha membendung pengedaran dan penyalahgunaan dadah terutama pil yaba.

Iklan

Ujarnya, harga murah dan jarak dekat dengan sempadan menjadikan dadah jenis yaba begitu popular di negeri ini.

Mohd Yusoff memberitahu, di Kelantan bahan terlarang ini dijual pada harga bawah RM10 berbanding purata harga nasional RM15 sebiji.

Tambah beliau, pihaknya akan mempertingkatkan lagi operasi dan mengenal pasti sindiket sedia ada bagi melakukan tangkapan.

"Selain itu, polis Kelantan turut sama menjalinkan kerjasama sangat rapat dengan polis Thailand khususnya di Wilayah Narathiwat.

"Kami sentiasa bekerja erat dan bertukar-tukar maklumat dalam membendung kemasukan dadah ke negeri ini," katanya.