Laporan Langsung: Pengundian Pilihan Raya AS bermula

Iklan

Rumusan

Iklan
Iklan
  • Pengundian bermula. Pengundian bermula di Vermont pada hari Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) selepas suasana panas dalam kempen presiden berakhir pada malam Isnin (waktu tempatan).
  • Jutaan rakyat AS yang berdaftar sebagai pengundi akan turun mengundi di seluruh negeri AS hari ini.
  • Sehingga kini kedua-dua calon Presiden Kamala Harris dan Donald Trump yakin menang disebabkan persaingan yang begitu sengit.
9:40PM

Pengundian sedang berlangsung di kebanyakan negeri di AS

Pusat undi kini dibuka di lebih 40 negeri, termasuk Daerah Columbia. Ini merangkumi enam daripada tujuh negeri medan pertempuran yang dijangka akan menentukan keputusan pilihan raya: North Carolina, Georgia, Pennsylvania, Michigan, Wisconsin, dan Arizona.

Pusat undi akan dibuka tidak lama lagi di negeri Colorado, Montana, Nebraska, New Mexico, Utah, dan Wyoming.

Iklan

7:40PM

Lebih banyak pusat pengundian dibuka

Pusat pengundian lebih banyak dibuka di beberapa negeri seperti Connecticut, Indiana, Kentucky, Maine, New Jersey, New York, dan Virginia.

Iklan

Sebelum itu pengundi telah bermula di Vermont dan New Hampshire.

7:10PM

Pengundian bermula di Vermont

Pusat pengundian dibuka di Vermont dibuka pada jam 5 pagi waktu tempatan dan pusat pengundian pertama dibuka di pekan kecil Dixville Notch, New Hampshire.

Seterusnya, kita akan melihat pusat pengundian dibuka di New York dan Virginia. Pusat pengundian lain akan dibuka seiring dengan terbitnya pagi di enam zon waktu yang merangkumi 50 negeri AS.

6:50PM

Trump mahu hukuman mati terhadap migran yang bunuh rakyat AS, polis

Trump berucap pada perhimpunan kempen terakhirnya di Van Andel Arena di Grand Rapids, Michigan. Foto AFP

Pada saat-saat akhir sebelum pengundian bermula pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) Selasa ini, calon Republikan Donald Trump menggalakkan pertarungan antara migran dan atlet terlatih serta menggesa hukuman mati bagi migran yang membunuh warganegara AS dan pegawai polis, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Trump ketika berucap di Pittsburgh, Pennsylvania, sekali lagi merungut mengenai kemasukan migran di sempadan selatan AS, sambil mencadangkan agar atlet kolej dari Universiti Penn State"bergusti" dengan mereka.

Baca berita

6:23PM

Komuniti Muslim di Michigan mungkin undi protes terhadap Harris

Bagi Demokrat, mempertahankan undi komuniti Muslim dan Arab-Amerika adalah penting bagi memastikan kemenangan calonnya, Kamala Harris. (Gambar kecil: Hussain) - Agensi

Pengundi Muslim khususnya komuniti Arab-Amerika di Michigan, Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan melaksanakan undi protes terhadap calon Demokrat, Kamala Harris bagi menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran Joe Biden-Harris berhubung isu Palestin.

Menurut Ketua Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa, UniSZA, Dr Hussain Yusri Zawawi, isu Palestin berperanan besar dalam membentuk keputusan pengundi di Michigan pada Pilihan Raya Presiden AS kali ini sekali gus menentukan siapa bakal Presiden AS ke-47.

Baca berita

5:03PM

Retorik Trump semakin tenggelam?

Trump menjelaskan bahawa strategi 'the weave' membuatkan ucapannya lebih menarik dan menambah daya tarikan dalam setiap acara yang dihadirinya.

Trump sering menarik perhatian media dan pengundi dengan ucapannya yang penuh emosi tetapi diselangkan dengan unsur humor, serangan terhadap pihak lawan serta janji-janji besar untuk masa depan negara.

Dalam satu wawancara bersama pengacara popular, Joe Rogan, Trump menjelaskan bahawa strategi itu menambah daya tarikan dalam setiap acara yang dihadirinya.

Penyampaian Trump pada minggu-minggu terakhir kempen presiden ketiganya dilihat agak tenggelam dan kurang teratur biarpun mendapat sokongan daripada masyarakat yang yakin beliau merupakan figura paling tepat untuk menjadikan Amerika hebat semula.

Baca berita

2:23PM

Mengapa Pennsylvania dan Michigan penting dalam pilihan raya ini?

7 swing states

Pennsylvania dan Michigan adalah negeri swing yang dijangka memainkan peranan penting dalam pilihan raya ini. Negeri swing merujuk kepada negeri yang persaingannya sangat sengit dalam pemilihan presiden.

Setiap daripada 50 negeri diberikan sejumlah undi Kolej Elektoral yang berkadar dengan saiz populasi mereka. Seorang calon presiden perlu memperoleh 270 undi elektoral untuk menang.

Pennsylvania mempunyai 19 undi Kolej Elektoral. Kemenangan Trump ke atas Demokrat Hillary Clinton pada tahun 2016 adalah kali pertama calon Republikan memenangi Pennsylvania sejak 1988.

Michigan mempunyai 15 undi Kolej Elektoral. Trump menewaskan Clinton pada tahun 2016, menandakan kali pertama calon Republikan memenangi Michigan sejak 1992.

2:23PM

New Hampshire terikat dalam undian pertama pada Hari Pilihan Raya AS

Pengundi di pekan kecil AS, Dixville Notch, memulakan Hari Pilihan Raya dengan undian seri, mencerminkan persaingan yang sangat sengit dalam pemilihan Presiden.

Kamala Harris dan Donald Trump masing-masing menerima tiga undi di komuniti kecil di negeri timur laut New Hampshire, yang telah memulakan Hari Pilihan Raya pada tengah malam Isnin sejak berdekad-dekad yang lalu, beberapa jam sebelum pusat pengundian di seluruh negara dibuka.

Undang-undang pilihan raya di New Hampshire membenarkan kawasan perbandaran dengan kurang daripada 100 penduduk untuk membuka pusat pengundian mereka pada tengah malam dan menutupnya apabila semua pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka.

12:43PM

Kampung halaman Kamala Harris di India berdoa kemenangannya dalam pilihan raya

Penduduk di kampung halaman nenek moyang calon Presiden Demokrat Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris di selatan India sedang bersiap untuk menganjurkan bacaan doa khas pada hari Pilihan Raya Presiden pada Selasa di sebuah kuil Hindu yang jaraknya lebih 13,000 kilometer (km) dari Washington.

Penduduk di kampung halaman nenek moyang calon Presiden Demokrat Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris di selatan India sedang bersiap untuk menganjurkan bacaan doa khas pada hari Pilihan Raya Presiden pada Selasa di sebuah kuil Hindu yang jaraknya lebih 13,000 kilometer (km) dari Washington.

Datuk sebelah ibu Harris, PV Gopalan dilahirkan lebih seabad yang lalu di perkampungan Thulasendrapuram di negeri Tamil Nadu di selatan India.

Di kuil tersebut, nama Harris diukir pada batu yang menyenaraikan sumbangan orang ramai, bersama nama datuknya.

Baca berita

11:43AM

Trump ulangi dakwaaan wujud penipuan hari mengundi

Bekas Presiden Donald Trump terus menyebarkan dakwaan tidak berasas tentang penipuan pada malam pilihan raya sambil menyifatkan Parti Demokrat sebagai"mesin kejam" dan mendakwa negeri-negeri adalah"agensi kerajaan persekutuan.”.

Trump mendakwa perkara ini adalah insiden paling buruk pernah belaku kepada negara itu.

Trump turut berkata persaingan menentang Naib Presiden Kamala Harris"sebenarnya tidak sengit” walaupun tinjauan menunjukkan kedua-dua calon terikat di peringkat nasional.

11:35AM

Harris gesa semua pengundi Pittsburgh turun mengundi

Calon Presiden Demokrat, Kamala Harris menggesa semua pengundi di Pittsburgh untuk turun mengundi dan menegaskan mereka mampu untuk membuat perubahan dalam pilihan raya kali ini.

Dalam ucapan selama 11 minit itu, Harris menegaskan pasukannya mempunyai momentum yang baik dan memberitahu pengundi beliau menawarkan kepimpinan yang lebih baik kepada generasi muda.

"Saya telah bersedia untuk menawarkan kepimpinan sebagai Presiden AS yang baharu," katanya.

11:15AM

Persaingan sengit dalam kongres AS, tiada parti dijangka raih majoriti besar

Donald Trump (kiri) dan Kamala Harris. Foto AFP

Parti Demokrat dan Republikan dijangka tidak memperoleh majoriti besar dalam Kongres semasa pilihan raya legislatif pada Selasa, lapor Agensi Berita Anadolu memetik laporan media tempatan.

Di Dewan Perwakilan, terdapat kemungkinan parti majoriti akan mempunyai margin yang lebih tipis berbanding dengan kedudukan semasa 220-212, termasuk tiga kekosongan, menurut perkhidmatan berita Washington State Standard.

Pakar memberi amaran bahawa pengiraan penuh mungkin mengambil masa tambahan selepas malam pilihan raya untuk menentukan parti mana yang akan menguasai Dewan.

Pemimpin Senat turut memberi tumpuan kepada persaingan sengit di negeri-negeri seperti Arizona, Michigan, Montana, Nevada, Ohio, Pennsylvania, dan Wisconsin.

Baca berita

11:15AM

Lebih 82 juta pengundi AS sudah memilih

Data rasmi dikeluarkan oleh University of Florida’s Election Lab menunjukkan lebih 82 juta pengundi Amerika Syarikat (AS) telah menjalankan kewajipan mereka.

Kedua-dua kem Trump dan Harris menggesa semua pengundi yang belum mengundi untuk berbuat demikian pada hari mengundi nanti.

9:10AM

Trump seimbangi Harris dalam tinjauan terkini menjelang pilihan raya

Donald Trump dan Kamala Harris, sedang bersaing sengit menjelang pilihan raya presiden

Calon presiden Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan calon Demokrat, Kamala Harris, sedang bersaing sengit menjelang pilihan raya presiden, menurut tinjauan terkini Leger yang dikeluarkan oleh New York Post pada Isnin, lapor RIA Novosti/Sputnik.

Kedua-dua calon memperoleh sokongan 49 peratus menjelang pengundian pada Selasa, manakala dua peratus responden lain menyatakan mereka akan mengundi calon lain.

Trump dan Harris juga sama-sama dijangka dapat memperbaiki kualiti hidup rakyat Amerika, masing-masing pada 44 peratus, namun calon Republikan itu mendahului pesaing Demokratnya dari segi kejelasan pelan strateginya untuk ekonomi, dengan 45 peratus berbanding 42 peratus.

Tinjauan itu dijalankan dari 31 Oktober hingga 3 November melibatkan 950 pengundi berkemungkinan, dengan margin ralat tidak melebihi tiga mata peratusan.

Baca berita

8:35AM

Lebih 76 juta pengundi AS sudah memilih

Undi melalui pos adalah kaedah yang paling ditentang keras oleh Trump sebelum ini.

Data rasmi dikeluarkan sehingga Isnin menunjukkan lebih 76 juta daripada kira-kira 168 juta pengundi sudah menjalankan kewajipan mereka menerusi pengundian awal dan kira-kira 44 peratus daripadanya merupakan penyokong Parti Demokrat.

Ketika Pilihan Raya Presiden AS 2020, hampir 60 juta menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi menjelang tarikh 25 Oktober tahun sama.

Bagi tahun ini, sebanyak 47 negeri memberi peluang kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka lebih awal.

Baca berita

6:15AM

Nasib Harris, Trump di tangan 7 swing states

Pecahan sokongan Trump dan Harris

Tumpuan Harris dan Trump serta seluruh dunia kini terarah kepada apa yang dipanggil tujuh swing states atau battle ground. Tujuh negeri ini, berubah-rubah setiap kali Pilihan Raya Presiden, kadangkala memberi undi kepada Demokrat dan adakalanya kepada Republikan.

Tujuh negeri itu ialah Nevada, Arizona, Georgia, Carolina Utara, Pennsylvania, Michigan dan Wisconsin.

Jika ramalan tujuh swing states ini benar dan tidak berubah menjelang minggu depan, pada ketika ini Harris dijangka memiliki 225 undi elektoral manakala Trump tidak jauh di belakang 219 undi.

Persoalannya kini bagaimanakah Harris dan Trump mahu merebut 93 undi elektoral yang ditawarkan dari tujuh negeri penting itu dengan Pennsylvania menawarkan undi terbanyak iaitu 19 undi elektoral.

Baca berita