60 kematian sepanjang empat hari cuti Deepavali

Iklan
Sebanyak 6,013 kemalangan direkodkan di seluruh negara sepanjang empat hari bermula Khamis. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Sebanyak 6,013 kemalangan direkodkan di seluruh negara sepanjang empat hari bermula Khamis pada tempoh sambutan perayaan Deepavali.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, statistik itu turut merekodkan 60 kematian akibat kemalangan maut.

Iklan
Iklan

"Dalam tempoh sama, kita telah menjalankan 388 operasi dan menahan 97 individu atas pelbagai kesalahan termasuk 91 tangkapan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Dua tangkapan di bawah Kanun Keseksaan serta tiga ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan JSPT di Bukit Aman pada Selasa.

Iklan

Mohd Yusri berkata, sebanyak 647 kenderaan turut disita dalam operasi tersebut.

"Lebih 100 individu pula telah ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan pada 31 Oktober hingga Ahad lalu.

Iklan

"Seramai 119 individu ditahan kerana memandu secara melulu, 45 tangkapan kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dua ditahan disyaki terlibat dalam lumba haram. Kita turut menyita 328 motosikal,” katanya.