PGA rampas kasut, beg tangan pelbagai jenama bernilai RM3.18 juta

Iklan
Kasut dan beg tangan pelbagai jenama bernilai RM3.18 juta yang dirampas di Tanah Merah pada Isnin. Foto PGA

TANAH MERAH - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan kasut dan beg tangan pelbagai jenama bernilai RM3.18 juta di Jalan Ismail Petra di sini pada Isnin.

Operasi jam 1.30 petang itu turut menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barangan terbabit ke pasaran tempatan.

Iklan
Iklan
Lori jenis Isuzu yang ditahan selepas didapati dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, semasa penugasan Op Taring Wawasan telah mengesan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Barangan disyaki dari Thailand ditemukan dalam sebuah lori tanpa dokumen yang sah.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 9,369 pasang kasut dan 1,866 unit beg tangan pelbagai jenama popular antarabangsa disyaki diseludup dari Thailand ditemukan di dalam lori tersebut tanpa dokumen yang sah.

Iklan

"Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM3.18 juta dan kes disiasat bawah Akta Cap Dagang 2019," katanya pada Selasa.

Menurut beliau, suspek dan barangan rampasan dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) PGA Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.

Iklan