JSPT fokus tiga elemen tangani kemalangan jalan raya

Iklan
Mohd Yusri

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman memberi penekanan kepada tiga elemen utama dalam menangani isu kemalangan jalan raya di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, antara tiga elemen membabitkan penguatkuasaan, siasatan serta integriti bagi mengurangkan kadar kemalangan di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Mohd Yusri berkata, pelbagai usaha dilakukan secara berterusan sejak beliau mengemudi jabatan berkenaan bermula Julai lalu

"Antaranya memperkasakan penguatkuasaan melalui operasi bersepadu dengan agensi-agensi lain selain mempertingkatkan rondaan.

Iklan

"Di samping itu, kita turut membuat advokasi melalui kempen-kempen keselamatan jalan raya seperti yang dibuat bulan lalu di tol Bentong dan di Sekolah Menengah Anderson Ipoh.

"Usaha ini bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya memandu secara melulu, selain menasihatkan orang ramai memandu dengan cara berhemah mengikut peraturan dan arahan daripada pihak berkuasa," ujarnya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan JSPT di Bukit Aman di sini, pada Selasa.

Dalam majlis itu, seramai 35 orang membabitkan 10 pegawai kanan dan 25 anggota menerima sijil penghargaan atas kecemerlangan serta dedikasi melaksanakan tugas sehingga mengharumkan nama JSPT.

Mohd Yusri berkata, pihaknya berharap hasrat kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan dan kemalangan maut dapat direalisasikan.

"Peranan ibu bapa dan penjaga dalam memantau dan mengawasi segala aktiviti anak-anak mereka yang menggunakan kenderaan kereta serta motosikal adalah sangat penting untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan pelanggaran undang-undang," katanya.