KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menghantar pulang 84 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand sempena pemindahan tahanan dari Depot Imigresen Tanah Merah (DITM) di sini pada Selasa.
Timbalan Pengarah Imigresen (Pengurusan), Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, kesemua tahanan dihantar pulang ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ia melibatkan seorang kanak-kanak lelaki warga Thailand, kanak-kanak perempuan (4), perempuan dewasa (15) dan 64 lelaki.
"Kesemua kanak-kanak ini adalah bersama ibu dan ayah masing-masing.
"Lingkungan umur bagi warga asing yang terlibat adalah di antara 19 hingga 58 tahun dan kanak-kanak pula setahun hingga 7 tahun," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, kesemua tahanan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta diperuntukkan prosedur pemindahan di bawah akta dan peraturan yang sama.
Artikel Berkaitan