Isu FashionValet: SPRM rakam keterangan Vivy, suami

Iklan
SPRM akan merakam percakapan suami isteri pengasas platform e-dagang fesyen, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, bagi membantu siasatan membabitkan kerugian pelaburan dana Khazanah dan PNB berjumlah RM43.9 juta.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam percakapan suami isteri pengasas platform e-dagang fesyen, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, bagi membantu siasatan membabitkan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Rakaman percakapan itu dilakukan pada Selasa.

Iklan
Iklan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat Isnin, pihaknya sudah memanggil empat orang saksi daripada PNB, Khazanah dan Kementerian Kewangan (MOF).

"Dokumen yang telah diambil akan dikaji dan disemak susulan siasatan kerugian RM43.9 juta daripada pelaburan Khazanah dan PNB dalam FashionValet," katanya pada Selasa.

Iklan

Pada Isnin, SPRM telah mengambil beberapa dokumen kewangan susulan serbuan di MOF, Khazanah, PNB dan FashionValet.

Media sebelum ini melaporkan SPRM menyerbu FashionValet yang dikaitkan dengan kerugian pelaburan dana Khazanah dan PNB berjumlah RM43.9 juta.

Iklan

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan Madani, Fahmi Fadzil, dilaporkan berkata, rakyat membangkitkan persoalan mengenai kerugian itu hingga pelbagai kandungan berkaitan dimuat naik di media sosial.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan, Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, Fashionista Valet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengarahkan Khazanah untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).