PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City perlu menerima hakikat bahawa saingan musim yang lebih mencabar ketika kempen Liga Juara-Juara memasuki perlawanan keempat.
Ini selepas The Citizens kendalian Pep Guardiola itu mula dihimpit siri kecederaan pemain-pemain yang bakal menyaksikan kelab itu mengulangi kejayaan beberapa tahun kebelakangan ini.
Merujuk kepada tiga perlawanan liga berikutnya Guardiola berkata:"Saya tahu standard Manchester City tetapi kami hanya baru tewas satu perlawanan.
"Dan mungkin kami akan tewas sekali lagi menentang Brighton dan Tottenham dan Liverpool. Kami hanya dua mata di belakang Liverpool yang merupakan pasukan kelas atas.
"Kami telah bermula dengan baik dalam Liga Juara-Juara tetapi saya tahu orang ramai mengharapkan kami memenangi 38 perlawanan liga dan memenangi treble setiap musim kerana ini adalah standard kami.”
Jelas bekas pengendali kelab La Liga Sepanyol, Barcelona dan pasukan Bundesliga Jerman, Bayern Munich itu, musim ini lebih mencabar selepas gergasi England berkenaan berdepan ketidakstabilan beberapa bahagian akibat kecederaan pemain-pemain.
"Saingan musim ini sukar adalah kerana kami mempunyai banyak ketidakhadiran pemain-pemain yang tidak berlaku dalam beberapa musim sebelum ini.
"Kadangkala, untuk memenangi treble, segala-galanya perlu berada di halaman yang sama dengan kecederaan, tetapi ini tidak mungkin kali ini.
"Pasukan lawan sangat kuat dan segala-galanya lebih sukar dan kami perlu menerimanya. Itulah cabarannya,” katanya menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Sporting Lisbon di Estadio Jose Alvalade di Lisbon pada Rabu.
INFO
- Manchester City bertandang ke Lisbon tanpa pemenang Ballon d'Or, Rodrigo dan Oscar Bobb bagi sebahagian besar kempen.
- John Stones, Jack Grealish dan Ruben Dias diketepikan kunjungan ke Portugal.
-Manuel Akanji, Nathan Ake dan Kyle Walker masih belum bersedia sepenuh.