Tiga cedera ditikam di pusat beli-belah Melbourne

Iklan
Seorang lelaki ditahan selepas didakwa menikam beberapa orang di sebuah pusat membeli-belah di Melbourne pada Selasa.

SYDNEY - Seorang lelaki ditahan selepas didakwa menikam beberapa orang di sebuah pusat beli-belah di Melbourne pada Selasa, lapor Xinhua.

Polis di negeri Victoria dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.25 petang waktu tempatan Selasa di pusat beli-belah Fountain Gate di Melbourne susulan laporan bahawa tiga orang diserang di perhentian bas.

Iklan
Iklan

Ketiga-tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita mengalami cedera ringan dan dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

Suspek, seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun melarikan diri dari tempat kejadian tetapi kemudian berjaya ditahan di dalam pusat membeli-belah itu. - Bernama/Xinhua

Iklan

Iklan