Trump mahu hukuman mati terhadap migran yang bunuh rakyat AS, polis

Iklan
Trump berucap pada perhimpunan kempen terakhirnya di Van Andel Arena di Grand Rapids, Michigan. Foto AFP

WASHINGTON - Pada saat-saat akhir sebelum pengundian bermula pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) Selasa ini, calon Republikan Donald Trump menggalakkan pertarungan antara migran dan atlet terlatih serta menggesa hukuman mati bagi migran yang membunuh warganegara AS dan pegawai polis, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Trump ketika berucap di Pittsburgh, Pennsylvania, sekali lagi merungut mengenai kemasukan migran di sempadan selatan AS, sambil mencadangkan agar atlet kolej dari Universiti Penn State"bergusti" dengan mereka.

Iklan
Iklan

Trump berkata, beliau telah memberitahu Dana White, ketua Ultimate Fighting Championship (UFC), syarikat promosi seni bela diri campuran, untuk menubuhkan liga migran dan liga UFC supaya mereka boleh bertarung.

"Saya fikir liga migran mungkin menang. Begitulah ganasnya sesetengah daripada mereka.”

Iklan

Kemudian, beliau menyeru hukuman paling berat bagi migran yang membunuh warga AS atau pegawai penguat kuasa.

"Saya dengan ini menyeru hukuman mati untuk mana-mana migran yang membunuh warganegara Amerika atau pegawai penguat kuasa undang-undang,” katanya kepada hadirin.

Iklan

Trump, 78, menjadikan isu kemasukan haram pendatang sebagai satu daripada isu utama kempennya, sering menggambarkan migran sebagai musuh AS dan secara sengaja mencetuskan sentimen antiwarga asing dengan dakwaan yang tidak berasas. - Bernama/dpa