11,923 pelajar Palestin terbunuh, 19,199 cedera sejak serangan Israel

Iklan
Seramai 11,923 pelajar terbunuh dan 19,199 cedera sejak bermulanya serangan agresif Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat pada 7 Oktober tahun lepas. Gambar Reuters

RAMALLAH - Kementerian Pendidikan Palestin melaporkan, seramai 11,923 pelajar terbunuh dan 19,199 cedera sejak bermulanya serangan agresif Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat pada 7 Oktober tahun lepas.

Menurut kementerian itu, jumlah pelajar yang terbunuh di Semenanjung Gaza melebihi 11,808 orang, dengan 18,596 cedera, manakala di Tebing Barat, seramai 115 pelajar terbunuh dan 603 yang lain cedera, menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Iklan
Iklan

Kementerian itu berkata, 561 guru dan pentadbir turut terbunuh dan 3,729 cedera di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, manakala lebih daripada 148 orang ditahan di Tebing Barat.

Menurut kementerian itu lagi, sebanyak 341 sekolah kerajaan, universiti, dan bangunannya, bersama 65 institusi yang dikaitkan dengan Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), dibom dan dirosakkan di Semenanjung Gaza, menyebabkan 138 mengalami kerosakan teruk dan 77 musnah sepenuhnya.

Iklan

Kementerian Pendidikan mengesahkan 788,000 pelajar di Semenanjung Gaza masih tidak dapat menghadiri sekolah dan universiti sejak serangan bermula, manakala kebanyakan pelajar mengalami trauma psikologi dan terganggu kesihatan mereka.

Serbuan berulang Israel di kawasan pentadbiran Jenin dan Tulkarm menyebabkan ketakutan dalam kalangan pelajar di sekolah mereka. - Bernama/WAFA

Iklan