LONDON - British Airways (BA) melakar sejarah apabila pesawat subsonik syarikat penerbangan itu mampu mencapai tahap kelajuan maksimum mencecah 1,300 kilometer sejam (km/j) dari New York ke London.
Pesawat model Boeing 747 itu sekali gus merekod tempoh perjalanan 1 jam 56 minit.
Ia menyaksikan ketibaan pesawat yang mendarat di Lapangan Terbang Heathrow yang direkodkan tiba awal lebih kurang 2 jam daripada jadual asal iaitu pada jam 4.43 pagi Ahad dengan kelajuan 1327 km/j, lapor CNN.
Kebiasaannya, waktu penerbangan dari London ke New York akan mengambil masa sekitar 6 jam 13 minit.
Dalam pada itu, menerusi Twitter Flighradar24 menerusi kapsyennya,"Jika tidak silap, BA kini menjadi pesawat subsonik terpantas ke dari New York ke London dengan merentasi Norway,” ciapnya pantas menarik perhatian ramai.
Kepantasan pesawat BA itu merekod masa 1 minit awal daripada Virgin Airbus A350 yang mendarat di Heathrow tidak lama selepas itu termasuk sebuah lagi pesawat Virgin yang tiba di lapangan terbang sama sekitar setengah jam selepas itu.
Ketiga-tiga pesawat berkenaan ‘mendahului carta’ pesawat dari Norway sebelum ini yang merekod masa 5 jam 13 minit pada Januari 2018.
Sementara itu, jurucakap BA menegaskan mereka sentiasa mengutamakan soal keselamatan walaupun mengatasi rekod kelajuan.
"Juruterbang kami telah dilatih dengan baik dan berjaya membawa semua penumpang tiba dengan selamat ke London dalam tempoh masa yang pantas." katanya.