Sabah lanjut kontrak Kim Swee

Iklan
Kim Swee

KONTRAK pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee bersama The Rhinos dilanjutkan sehingga penghujung musim yang berakhir pada 30 April tahun depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Shahelmey Yahya berkata, keputusan ini diambil berdasarkan prestasi semasa ditunjukkan The Rhinos.

Iklan
Iklan

Katanya, beliau percaya perkhabaran gembira itu membolehkan Kim Swee meningkatkan prestasi pasukan yang kini menghuni tangga ketiga Liga Super berkenaan.

Menurutnya, ia juga secara tidak langsung memperbaiki kedudukan liga serta persediaan menghadapi saingan Piala Malaysia yang bermula hujung bulan ini.

Iklan

"Kita menaruh keyakinan tinggi kepada Ong Kim Swee akan dapat memperbaiki kedudukan di liga sekali gus lebih bersemangat menghadapi kempen Piala Malaysia pada tahun ini,” ujarnya selepas mesyuarat khas SAFA bersama Sabah FC.

Sebagai rekod, kontrak bekas pengendali Harimau Malaya berusia 53 tahun berkenaan sepatutnya berakhir pada 30 November ini selepas bersama The Rhinos sejak 2021.

Iklan

Selain itu, kata Shahelmey, pihak pengurusan juga berharap agar lebih ramai penyokong The Rhinos hadir menyaksikan perlawanan di Stadium Likas bagi memberikan sokongan untuk menambah semangat dan keyakinan kepada setiap pemain.

"Ini akan membantu moral pemain-pemain agar tampil dengan prestasi terbaik dalam baki perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia yang bakal diharungi tidak lama lagi,” kata Shahelmey.