SHAH ALAM - Mountain Dew dan permainan video arena pertarungan atas talian multipemain (MOBA) mobil pertama, Honor of Kings melancarkan program penuh keseronokan Cabaran Dew EsportsLAH 2024.
Hadiah keseluruhannya adalah sebanyak RM500,000 di acara rasmi yang bakal berlangsung antara 9 Disember ini hingga Mei 2025.
Sebagai sebahagian daripada Cabaran Challenge 2025, peminat permainan itu juga berpeluang memenangi lima pasang kasut edisi terhad berharga RM7,000 melalui pertandingan dalam talian dengan melayari www.dewchallenge.com atau mengikuti Mountain Dew Malaysia di Facebook atau Instagram untuk kod kemasukan dan kemas kini.
Pertandingan itu akan berlangsung pada tiga tarikh iaitu 23, 30 November dan 7 Disember 2024 yang mana setiap pertandingan menyediakan hadiah terkumpul berjumlah RM2,500.
Naib Presiden Pemasaran Kumpulan Etika Sdn Bhd (Etika) iaitu syarikat pengeluar minuman halal, Amy Gan berkata, kerjasama antara Mountain Dew dan Honor of Kings itu bakal menonjol kerana inovasi serta keupayaan untuk menarik perhatian peminat.
Pelancaran Cabaran Dew EsportsLAH 2024 itu telah diadakan pada 2 dan 3 November lalu di Pusat Pameran serta Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
"Permainan ini bertujuan memberi pemain lebih daripada sekadar minuman. Ia lebih kepada mencipta pengalaman menyatukan orang di sekeliling yang mempunyai minat sama, kerja berpasukan dan persaingan sihat.
"Selaras dengan nama program yang berkait rapat dengan komuniti tempatan melalui konten berunsurkan lokal, ia sangat sesuai dengan komitmen kami untuk berinteraksi dan meraikan e-sukan Malaysia yang dinamik,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Program tersebut turut dihadiri oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang hadir bersama keluarganya untuk menyertai cabaran mesin jeritan.
Tambah Amy, pihaknya mencipta ruang di mana pemain kompetitif dapat mengalami dunia sebenar Honor of Kings bersama Mountain Dew.
"Kami membayangkan kerjasama jangka panjang yang bukan sahaja membawa keseronokan dan ganjaran kepada komuniti permainan tempatan tetapi juga bantu memupuk bakat e-sukan masyarakat Malaysia.
"Matlamat kami adalah untuk menyokong pemain Malaysia mencapai pentas global dan dengan Mountain Dew sebagai rakan minuman.
"Kami teruja untuk menyatukan orang ramai dalam siri pertandingan yang menyeronokkan dengan aktiviti berfokuskan komuniti,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Asia Tenggara Tencent, Ashley Phuah berkata, Mountain Dew dan Honor of Kings memberi komitmen sepenuhnya untuk memastikan perkara menjadi menarik berlaku kepada peminat.
"Semangat Mountain Dew dalam mencipta pengalaman dinamik dan interaktif selaras dengan dedikasi Honor of Kings kepada permainan yang melibatkan keterlibatan komuniti,” katanya.