Tujuh lelaki ditahan gaduh dalam kasino

Iklan
Tangkap layar menerusi klip video yang tular di platform media sosial.

BENTONG - [DIKEMAS KINI] Enam lelaki tempatan dan seorang warga asing ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan dalam kasino di Genting Highlands di sini, pada 23 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kesemua suspek terdiri warganegara dan warga asing berusia lingkungan 39 hingga 70 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pergaduhan tersebut menyebabkan beberapa individu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di hospital.

"Hasil siasatan mendapati kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.15 petang itu melibatkan sekumpulan lelaki lebih kurang lapan orang.

Iklan

"Kejadian dikatakan berpunca daripada pertengkaran mengenai cip insurans cip kasino bernilai RM100 yang perlu dibayar oleh salah seorang suspek," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ujarnya, sejurus kejadian tersebut, pihak polis telah berjaya menahan tujuh suspek terbabit dan hasil semakan tiga daripada mereka memiliki rekod jenayah lampau berkaitan kekerasan sertai harta benda.

Iklan

Jelasnya, pada 28 Oktober lalu, tiga daripada mereka termasuk lelaki warga asing telah dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh manakala empat lagi dibebaskan setelah mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya.

Dalam pada itu, Zaiham memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes tersebut telah disiasat dan yang terlibat sudah ditahan serta didakwa di mahkamah.