JDT ratah Ulsan pasukan bimbingan Pan-gon

Iklan
Bergson da Silva antara penjaring gol buat JDT ketika menentang Ulsan dalam aksi ACLE Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa. Foto JOHOR Southern Tigers

[DIKEMAS KINI] JOHOR Darul Ta’zim (JDT) kembali semula ke landasan kemenangan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Timur dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa.

Skuad Harimau Selatan kendalian Hector Bidogli melakar kemenangan kedua selepas menjinakkan kelab tercorot kumpulan dari Liga Korea (Liga-K), Ulsan HD, asuhan bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, 3-0.

Iklan
Iklan

Gol setiap babak dicetuskan Arif Aiman Hanapi (m-8), Oscar Arribas (m-67) sebelum dinoktahkan menerusi rembatan pemain gantian Bergson Gustavo da Silva (m-88), membolehkan anak buah Bidogli mengumpul tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan.

Pemain JDT, Arif Aiman (kanan) melakukan percubaan dan dihalang penjaga gawang Ulsan HD FC Jo Hyeonwoo (kiri) pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) Elite di Stadium Sultan Ibrahim, pada Selasa. Foto Bernama

Tiga mata itu membolehkan Harimau Selatan melonjak ke tangga ketiga Zon Timur sekali gus melebarkan rekod menumpaskan Tigers tersebut empat kali dan tewas sekali dalam pertemuan kedua-dua pasukan sejak 2022.

Iklan

Sebagai rekod, JDT memulakan kempen ACLE dengan mengikat juara Liga Super China, Shanghai Port, 2-2, sebelum memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mengatasi satu lagi wakil China, Shanghai Shenhua FC 3-0.

Pemain JDT, Oscar Arribas (kiri) diasak pemain Ulsan HD FC Lee Gyusung (kanan) pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) Elite di Stadium Sultan Ibrahim, pada Selasa. Foto Bernama

Bagaimanapun rentak kemenangan pendahulu Liga Super itu lebur apabila dibelasah 1-3 wakil Korea Selatan, Gwangju FC ketika bertandang ke Stadium Yongin Mireu.

Iklan

Anak buah Bidogli selepas ini akan meneruskan pengembaraan saingan liga teratas kelab Asia dengan melayan kunjungan kelab liga Thailand, Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim, 3 Disember depan.