JOHOR BAHRU - Pihak pengurusan Pasaraya Econsave di Johor Bahru menafikan berlakunya pembelian panik dalam kalangan pengguna terutama melibatkan warga Singapura susulan penularan wabak koronavirus sebagaimana tular di media sosial sejak Sabtu lalu.
Pengurus Operasinya, Mas Imran Adam berkata, situasi pembelian panik iaitu membeli barangan keperluan dengan kuantiti banyak sehingga barangan di rak habis tidak berlaku sama sekali di empat cawangan Pasaraya Econsave di Johor Bahru iaitu di Skudai, Permas Jaya, Desa Cemerlang dan Taman Daya.