Anwar pelawa Jiangsu Longda kembang perniagaan ke Malaysia

Iklan
Anwar ketika mengadakan pertemuan dengan Pu Yi Long, untuk membincangkan peluang pelaburan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SHANGHAI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa Jiangsu Longda Superalloy Co Ltd untuk mengembangkan perniagaannya di Malaysia.

Berpangkalan di Wilayah Wuxi Jiangsu, China, Jiangsu Longda merupakan pengeluar utama yang memiliki kepakaran menghasilkan logam super aloi yang mendapat permintaan tinggi, khususnya untuk digunakan dalam industri aeroangkasa, turbin gas dan industri petrokimia.

Iklan
Iklan

Anwar telah memanjangkan pelawaan itu selepas pertemuannya dengan pengasas syarikat tersebut, Pu Yi Long, untuk membincangkan peluang pelaburan yang berpotensi.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Iklan

"Saya kagum dengan hasil kerja syarikat dalam menghasilkan aloi suhu tinggi untuk pemain aeroangkasa utama," kata Anwar selepas pertemuan selama 30 minit itu.

Perdana Menteri berkata, kehadiran Jiangsu Longda di Malaysia berpotensi memperkukuh kedudukan negara sebagai antara pemain utama dalam industri aeroangkasa global, di samping melonjakkan rantaian bekalan tempatan dan mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Iklan

Anwar kini dalam rangka lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 November atas jemputan rakan sejawatannya dari China, Li Qiang untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China ke-7 (CIIE ke-7).

Selain Tengku Zafrul, anggota delegasi lain yang mengiringi Perdana Menteri termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong. - Bernama