Tergamak adik bakar kakak sedang solat Asar

Iklan
Jenazah ketika dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Agensi

MALANG - Gara-gara bergaduh mengenai isu pembayaran balik kos pembinaan bilik mandi ibu, seorang wanita maut selepas dibakar oleh adik kandungnya sendiri dalam kejadianbaru-baru ini.

Media tempatan melaporkan, mangsa dikenali sebagai Yayuk Fitria, 35, warga Dusun Wonorejo, Kecamatan Bumiaji meninggal dunia selepas bertarung nyawa selama lima hari di hospital.

Iklan
Iklan

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Tirtoyudo, AKP Supriono berkata, kejadian bermula apabila suspek dikenali Ruliyanto bergaduh mulut dengan mangsa di rumah ibu mereka yang terletak di Desa Tamankuncaran, Kabupaten Malang.

"Suspek meminta biaya ganti rugi pembinaan bilik mandi ibu kepada mangsa, bagaimanapun mangsa bersama ibunya lari ke rumah jiran bagi mengelak pergaduhan.

Iklan

"Kemudian mangsa pulang semula selepas 30 minit untuk menunaikan solat Asar, pada masa itulah suspek membakar mangsa dengan petrol," katanya kepada pemberita pada Rabu lalu.

Ujarnya, tidak lama kemudian ibu mangsa melihat kejadian itu dan cuba meminta bantuan orang ramai, sementara suspek berjaya melarikan diri.

Iklan

Katanya, suspek kemudiannya berjaya ditangkap polis dan sedang menanti masa untuk dibicarakan. -Agensi