LONDON - Permaisuri Britain, Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada, menurut Istana Buckingham pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.
Camilla, 77,"sedang gering akibat jangkitan di dada," dan doktor telah menasihatkan baginda berehat untuk tempoh singkat, kata jurucakap istana dalam satu kenyataan.