Orang muda lebih utamakan liabiliti berbanding aset

Iklan
Laporan itu menyebut, pemilik RX-Z tidak kisah berhabis sehingga puluhan ribu ringgit untuk ubah suai motosikal agar tampil unik dan menarik. Gambar hiasan.

APA itu aset dan apa pula liabiliti? Kalau diikutkan bahasa mudah untuk pemahaman umum, aset adalah sesuatu yang memberi manfaat dalam hidup, manakala liabiliti ialah sesuatu yang membebankan.

Sebagai contoh, motosikal RX-Z yang elok sebagai pengangkutan ke tempat kerja ialah satu aset, manakala RX-Z yang selalu meragam adalah liabiliti.

Iklan
Iklan

Dari sudut kewangan, aset adalah pemilikan yang menambah nilai kewangan kita, sama ada dari segi pendapatan mahupun pertumbuhan harta. Contohnya, pegangan saham yang memberi kita dividen setiap tahun atau saham yang nilainya bertambah.

Liabiliti pula ialah tanggungan yang mengurangkan pendapatan ataupun memberi susut nilai kepada harta kita.

Iklan

Liabiliti juga biasanya dirujuk sebagai hutang dalam perakaunan. Contohnya, hutang kad kredit, pinjaman perumahan dan pembiayaan kenderaan.

Justeru, laporan muka hadapan Sinar Harian bertajuk 'Generasi Gila RX-Z' memberi petunjuk bahawa segelintir golongan muda di negara ini lebih 'mengutamakan' liabiliti berbanding aset.

Iklan

Laporan itu menyebut, pemilik RX-Z tidak kisah berhabis sehingga puluhan ribu ringgit untuk ubah suai motosikal agar tampil unik dan menarik.

Alasan mereka membelanjakan puluhan ribu ringgit demi kepuasan itu mengundang pelbagai reaksi di media sosial. Ada yang menyokong, tidak kurang yang menganggap pemilik RX-Z itu membuat pelaburan sia-sia.

Laporan muka hadapan Sinar Harian bertajuk 'Generasi Gila RX-Z' memberi petunjuk bahawa segelintir golongan muda di negara ini lebih 'mengutamakan' liabiliti berbanding aset.

Realitinya, golongan muda mudah terikut-ikut dan sering membandingkan kehidupan dengan orang lain, sekali gus mendorong mereka berbelanja lebih daripada pendapatan yang diterima.

Lebih membimbangkan, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2020 mendedahkan sebanyak 63 peratus rakyat Malaysia yang bekerja antara satu hingga tiga tahun akan kehabisan simpanan dalam tempoh kurang sebulan.

Apa pun, pengurusan kewangan yang lemah dalam kalangan golongan muda bukan sahaja memberi impak kepada individu tetapi juga ekonomi negara secara keseluruhan.

Statistik jelas menunjukkan ramai belia terperangkap dalam hutang dan tiada aset atau simpanan mencukupi untuk masa hadapan.

Pendidikan kewangan yang menyeluruh dan kesedaran awal boleh menjadi langkah awal untuk memperbaiki keadaan ini.

Jika anak muda di Malaysia dapat mengubah cara mereka menguruskan kewangan, mereka akan dapat menyediakan diri untuk masa depan yang lebih stabil dan sejahtera.