Dua kilang papan dan besi musnah terbakar

Iklan
Keadaan kebakaran dua kilang di Jalan Welfare, Kampung Baru Cina Sungai Buloh, di sini, musnah, dalam kebakaran pada Rabu.

SUNGAI BULOH - Dua kilang papan dan besi di Jalan Welfare, Kampung Baru Cina Sungai Buloh, di sini musnah dalam kebakaran pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.36 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai 29 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Bukit Jelutong, BBP Selayang dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba kebakaran membabitkan dua kilang papan dan besi yang terbakar 60 peratus," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan
Iklan

Ahmad Mukhlis berkata, api sedang marak dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan bagaimanapun kebakaran itu tidak melibatkan mangsa.