Jepun lancar satelit kayu pertama di dunia

Iklan
Satelit berbentuk kiub itu dilancarkan di atas roket SpaceX lewat Isnin untuk menguji sama ada kayu akan berfungsi sebagai bahan yang lebih mampan di angkasa. - Foto: Agensi

ANKARA - Jepun pada Selasa melancarkan satelit kayu pertama di dunia ke angkasa lepas, lapor Agensi Anadolu.

Satelit yang diperbuat daripada kayu ini akan digunakan untuk penerokaan bulan dan Marikh.

Iklan
Iklan

LignoSat, dinamakan sempena perkataan Latin untuk kayu, dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy milik NASA di AS dengan menaiki roket SpaceX menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

LignoSat, yang dibangunkan hasil kerjasama Universiti Kyoto dan syarikat pembinaan rumah Sumitomo Forestry, bersaiz sebesar tapak tangan dan direka untuk menunjukkan potensi kosmik bahan yang boleh diperbaharui semasa manusia meneroka kehidupan di angkasa lepas.

Iklan

Satelit ini akan kekal di orbit selama enam bulan, sebaik sahaja dilancarkan ke angkasa. - Bernama

Iklan