GLOBAL: 15 Fakta menarik bekas Presiden AS dan pilihan raya lalu

Iklan
AS bermula hari ini akan menentukan sama ada Harris atau Trump bakal dilantik sebagai Presiden AS ke-47. FOTO: Business Standard / Agensi

Di sebalik debar pengundian Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan persaingan sengit calon Demokrat, Kamala Harris dan calon Republikan, Donald Trump bagi merebut jawatan Presiden AS, berikut beberapa fakta menarik bekas Presiden AS dan pilihan raya lalu.

1. Amerika Syarikat (AS) berada di tangga ke-139 daripada 172 negara dalam penyertaan pengundi.

Iklan
Iklan

2. Pilihan raya pertama AS yang menggunakan mesin pengundian adalah pada tahun 1892.

Pilihan raya pertama AS yang menggunakan mesin pengundian adalah pada tahun 1892.

3. Presiden AS ke-39, Jimmy Carter merupakan presiden pertama yang dilahirkan di hospital. Beliau lahir pada 1 Oktober 1924 di Wise Sanitarium, Georgia.

Iklan
Presiden AS ke-39, Jimmy Carter merupakan presiden pertama yang dilahirkan di hospital.

4. Presiden pertama AS, George Washington adalah satu-satunya Presiden yang tidak mewakili mana-mana parti politik.

Presiden pertama AS, George Washington adalah satu-satunya Presiden yang tidak mewakili mana-mana parti politik.

5. Presiden AS ke-31, Herbert Hoover meluluskan"The Star-Spangled Banner" sebagai lagu kebangsaan negara itu.

Iklan

6. George Washington menghabiskan seluruh bajet kempennya untuk membeli 160 gelen alkohol yang akan diberikan kepada pengundi berpotensi.

7. Pada tahun 1856, Kongres menghapuskan pemilikan harta sebagai syarat untuk mengundi dalam pilihan raya.

8. Pada tahun 1845, Kongres memutuskan bahawa hari mengundi akan diadakan pada hari Selasa pertama selepas Isnin pertama dalam bulan November, iaitu selepas musim tuaian dan sebelum musim sejuk menyebabkan perjalanan menjadi terlalu sukar.

9. Kartunis Thomas Nash dikreditkan dengan mencipta simbol-simbol Republikan dan Demokratik, iaitu gajah dan keldai, apabila beliau mengejek kedua-dua parti tersebut dalam sebuah kartun di majalah Harper’s Weekly pada tahun 1874. Tidak lama kemudian, orang ramai mula menggunakan simbol-simbol tersebut untuk mewakili parti-parti berkenaan.

Kartunis Thomas Nash dikreditkan dengan mencipta simbol-simbol Republikan dan Demokratik, iaitu gajah dan keldai.

10. Presiden AS ke-16, Abraham Lincoln mempunyai ketinggian 6 kaki 4 inci menjadikan beliau Presiden AS paling tinggi.

Presiden AS ke-16, Abraham Lincoln mempunyai ketinggian 6 kaki 4 inci menjadikan beliau presiden AS paling tinggi.

11. Presiden kidal pertama ialah James Garfield, iaitu Presiden AS ke-20.

12. Millard Fillmore, presiden AS ke-13 merupakan Presiden pertama yang mempunyai ibu tiri.

13. Satu-satunya presiden yang belajar untuk menjadi doktor perubatan adalah William Henry Harrison, presiden AS ke-9.

14. Presiden ke-18 AS, Ulysses S. Grant, pernah dikenakan saman sebanyak AS$20 kerana menunggang kuda dan keretanya terlalu laju di sebuah jalan di Washington, D.C.

Presiden ke-18 AS, Ulysses S. Grant, pernah dikenakan saman kerana menunggang kuda dan keretanya terlalu laju.

15. Laman web pertama Rumah Putih dilancarkan pada bulan Oktober 1994 ketika pentadbiran Presiden Bill Clinton.

SUMBER: mywoodcounty.com