Vivy, suami ditunggu tapi Jamal Abdillah pula yang muncul

Iklan
Jamal melemparkan senyuman dan tertawa apabila pengamal media mengambil gambarnya semasa tiba di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada Rabu. Foto Sinar Harian/HISYAMUDDIN AYUB.

PUTRAJAYA - Ketika pengamal media sibuk menanti pasangan kontroversi pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, kelibat Datuk Jamal Abdillah tiba-tiba muncul.

Penyanyi bersuara emas itu tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 11.40 pagi.

Iklan
Iklan

Membuka cermin kereta yang dinaiki bersama pemandunya, Jamal secara bersahaja melemparkan senyuman kepada pengamal media yang mula mengambil gambar dan video.

Sambil melambaikan tangan kepada pihak media, kenderaan membawa Jamal menuju masuk ke ibu pejabat SPRM.

Iklan

Tanpa sebarang bicara, penyanyi lagenda itu masih tersenyum dan tergelak kerana media masih mengambil video dirinya di dalam kenderaan dinaiki.

Pemandu Jamal yang turut tersenyum melihat gelagat media mengambil gambar dan video sempat menyatakan kepada media bahawa anda semua tersilap orang.

Iklan

"Media dah silap orang ni," kata pemandu Jamal secara bersahaja sambil tertawa.