Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) komited dan konsisten dalam usaha menambah baik proses pengeluaran sijil halal.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pihak Jakim sentiasa prihatin dalam membantu mempercepatkan premis perniagaan makanan dan minuman mendapatkan sijil berkenaan tanpa perlu berdepan kerenah birokrasi dan masa yang lama.