Vivy, suami tiba di SPRM Putrajaya jam 12.54 tengah hari

Iklan
Peguam Vivy, Shaarvin Raaj Selva Kumar dilihat berjalan kaki memasuki pekarangan SPRM Putrajaya jam 12.54 tengah hari pada Rabu. Foto Sinar Harian - HISYAMUDDIN AYUB

PUTRAJAYA - Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar akhirnya muncul di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya jam 12.54 tengah hari pada Rabu.

Pasangan itu tiba menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam.

Iklan
Iklan

Wajah kedua-duanya tidak dapat dilihat dengan jelas kerana cermin kenderaan dinaiki agak gelap.

Pihak media merakam ketibaan Vivy dan suami menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire semasa pasangan itu tiba di SPRM Putrajaya pada Rabu. Foto Sinar Harian - HISYAMUDDIN AYUB

Tanpa membuka cermin kenderaan dinaiki, kedua-duanya masuk ke ibu pejabat SPRM bagi meneruskan siasatan berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Iklan

Vivy dan suami pada mulanya dijadualkan tiba memberi keterangan jam 10 pagi di ibu pejabat SPRM pada Rabu.

Namun setelah hampir 3 jam pihak media menanti, mereka akhirnya tiba bagi disambung siasatan buat kali kedua.

Iklan
Seorang jurugambar melihat menerusi cermin gelap kenderaan dinaiki Vivy dan suami bagi memastikan keberadaan kedua-duanya di dalam kenderaan jenis Toyota Vellfire semasa pasangan itu tiba di SPRM Putrajaya pada Rabu. Foto Sinar Harian - HISYAMUDDIN AYUB

Media difahamkan, kelewatan tersebut disebabkan kedua-duanya perlu ke bank bagi mendapatkan penyata kewangan.

Terdahulu Vivy serta suami dilihat berada di dalam kenderaan dan melintasi bangunan SPRM jam 12.40 tengah hari.

Namun kenderaan yang membawa mereka tidak terus memasuki bangunan SPRM Putrajaya, sebaliknya melepasi dua buah lampu isyarat yang berada berdekatan.

Tidak lama selepas itu, peguam mereka, Shaarvin Raaj Selva Kumar dilihat berjalan kaki memasuki pekarangan SPRM Putrajaya jam 12.54 tengah hari.

Beliau turut membawa bersama beg berwarna coklat.

Pada Selasa, pasangan itu dirakam percakapan di SPRM Putrajaya sekitar jam 2.30 petang dan selesai jam 10.30 malam.