Jerman, Somalia setuju perkukuh proses pengusiran

Iklan

BERLIN - Jerman dan Somalia akan bekerjasama memperkukuh proses pengusiran migran dari negara Afrika Timur itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Selepas pertemuan dengan Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud di Berlin, Canselor Jerman, Olaf Scholz berkata, kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa migran yang tidak mempunyai hak sah untuk tinggal di Jerman"akan dihantar pulang dengan cepat dan berkesan".

Iklan
Iklan

Scholz berkata, bahawa pengusiran akan tertumpu terutamanya kepada penjenayah.

"Ini juga demi kepentingan komuniti Somalia di Jerman yang sangat besar dan berintegrasi dengan baik," kata canselor itu.

Iklan
Iklan

Terdapat sejumlah 65,000 warga Somalia yang tinggal di Jerman, dan Scholz berkata bahawa hanya"sebilangan kecil" yang tidak mempunyai hak untuk menetap di negara itu. - Bernama