KOTA BHARU - Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat bimbang golongan muda di negeri ini yang berhibur di kelab-kelab malam di Golok, Thailand boleh terjerumus dalam penyalahgunaan dadah dengan mudah.
"Kita bimbang jika dadah itu dimasukkan ke dalam minuman, makanan dan cecair vape mereka semasa berhibur di sana.
Iklan
Iklan
"Bila dicampur, anak-anak muda kita tidak terlibat dadah akan menjadi penagih selepas ini," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelanta di sini pada Rabu.
Menurut beliau, tujuan campuran itu dibuat bagi mendapatkan rasa khayal semasa berhibur.
Ujarnya, berdasarkan maklumat, ketamin dan erimin 5 boleh merangsang keseronokan serta khayal semasa berhibur.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Polis Kelantan mendedahkan Pekan Golok, Thailand yang hanya berjarak kurang satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand di sini menjadi 'pusat hiburan' kepada rakyat Serambi Makkah terutama anak muda pada hujung minggu.
Rakyat Kelantan hanya perlu menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram yang ada untuk berhibur di sana, selain dipercayai menikmati 'sajian' dadah ditawarkan di pusat-pusat hiburan.