Bapa tarik anak perempuan duduk atas paha, dijel 42 bulan, dua sebat

Iklan
Perbuatan seorang pemandu lori menarik tangan anak kandung berusia 15 tahun supaya duduk di paha bagi tujuan seksual, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, menjatuhi lelaki itu hukuman penjara 42 bulan dan dua sebatan.

KUALA LUMPUR - Perbuatan seorang pemandu lori menarik tangan anak kandung berusia 15 tahun supaya duduk di paha bagi tujuan seksual, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, menjatuhi lelaki itu hukuman penjara 42 bulan dan dua sebatan.

Bapa berusia 41 tahun itu dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Tasnim Abu Bakar.

Iklan
Iklan

Mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman bermula tarikh tangkap, pada 26 Oktober lalu.

Tertuduh juga diperintahkan menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat menjalani hukuman.

Iklan

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai seorang yang diamanahkan iaitu bapa kandung kepada mangsa seorang remaja perempuan, melakukan perbuatan itu bagi tujuan seksual, semasa mangsa berusia 15 tahun, di Sentul pada 10.45 malam, 1 Oktober lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Iklan

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Siti, Pervinah Mohamad Yusof mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira trauma yang dialami mangsa.

"Jenayah seksual merupakan kes serius kerana ia telah mencabuli hak mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar dikenakan hukuman ringan.