Kerap sertai aktiviti di masjid, elak hiburan melampau - Imam Besar Kelantan

Iklan
Muhammad Hana Pizi. Foto Sinar Harian/ADILA SHARINNI WAHID.

KOTA BHARU - Golongan muda disaran untuk lebih kerap menyertai aktiviti anjuran masjid termasuk solat berjemaah bagi mengelak terjerumus perkara negatif antaranya berhibur secara melampau.

Imam Besar Negeri Kelantan, Muhammad Hana Pizi Abdullah, berkata, pengurusan masjid-masjid di negeri ini juga memainkan peranan mengadakan program-program lain yang lebih mampu menarik golongan belia seperti sukan.

Iklan
Iklan
Muhammad Hana Pizi (tengah) menyampaikan sijik khatam kepada peserta, Aminah Awang (kanan). Foto Sinar Harian/ADILA SHARINNI WAHID.

"Aktiviti di masjid akan dipergiatkan dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memberi pendidikan kepada anak-anak muda seawal kanak-kanak dan remaja.

"Jika tidak ada asas dan alternatif untuk mereka, maka golongan ini akan pergi ke tempat lain (seperti berhibur kelab malam di negara seberang) dan terjebak dengan gejala dadah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sebuah hotel di Tunjong, pada Rabu.

Iklan
Para peserta khatam Quran bergambar dengan barisan kehormat di majlis graduasi pada Rabu. Foto Sinar Harian/ADILA SHARINNI WAHID.

Beliau sebelum itu menyampaikan sijil khatam pada Majlis Graduasi Kembara al-Quran Siri 2 2023/2024 Masjid Jamek Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai.

Turut hadir, Imam Tua Masjid Jamek Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai, Ahmad Maher Safiain.

Iklan

Sebelum ini akhbar melaporkan, golongan muda negeri ini gemar ke pusay hiburan di Golok, Thailand setiap kali hujung minggu terutama pada malam Jumaat dan Sabtu.

Muhammad Hana Pizi (tengah) diringi Ahmad Maher (kiri) menyampaikan sijil khatam kepada peserta, Che Napisah Che Abdullah. Foto Sinar Harian/ADILA SHARINNI WAHID.

Pada Selasa, Kerajaan Kelantan pula mengakui tidak boleh menyekat rakyat negeri ini termasuk anak muda untuk ke Thailand kerana mereka mempunyai pelbagai tujuan apabila berkunjung ke negara itu antaranya melancong.

Dalam pada itu, Muhammad Hana Pizi memberitahu pihaknya sentiasa merangka program-program khas kepada golongan belia antaranya Himpunan Remaja Masjid yang akan berlangsung pada 13 November ini.

Katanya, Kelantan mempunyai 619 masjid mukim yang melaksanakan solat Jumaat dan boleh dihadiri oleh para belia untuk pelbagai aktiviti.

"Kesemua masjid di negeri ini bergabung menjayakan porgram himpunam tersebut dan akan ada pelbagai pengisian ilmiah, ceramah dan berbentuk rekreasi seperti bersukan.

"Sebelum ini, masjid-masjid di Kelantan juga menganjurkan solat Subuh berjemaah yang memfokuskan kepada golongan muda,” katanya.