Warga Thailand seleweng petrol, diesel didenda RM9,000

Iklan
Sakariya (dua kanan) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Alor Setar pada Rabu.

ALOR SETAR - Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman denda RM9,000 kepada seorang lelaki warganegara Thailand selepas mengaku bersalah menyeleweng sebanyak 11 liter petrol dan 96 liter diesel bernilai RM230 pada tahun lalu.

Sakariya Kangla, 37, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim, Mazdi Abdul Majid selepas pertuduhan dibacakan kepadanya pada Rabu.

Iklan
Iklan

Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut namun tertuduh telah membayar denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesalahan tersebut didakwa dilakukan kira-kira pukul 12.15 tengah hari, 19 Oktober 2023 di tepi jalan Pekan Kuala Nerang, Padang Terap.

Iklan

Semua 96 liter diesel itu ditemukan dalam tangki sebuah kereta jenis Toyota Camry dipandunya yang telah diubah suai manakala 11 liter diesel itu pula ditemukan dalam dua tong plastik.

Menurut fakta kes, tertuduh telah gagal mengemukakan sebarang lesen urusniaga atau permit bagi membeli serta menyimpan barang kawalan berjadual tersebut yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Iklan

Pendakwaan kes telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa KPDN, Mohd. Hilmi Abu Hassan berdasarkan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan tertuduh pula tidak diwakili peguam.