Vivy, suami keluar dari SPRM ditemani pegawai penyiasat

Iklan
Seorang pegawai wanita SPRM dilihat berada dalam kenderaan yang membawa Vivy dan suaminya dari ibu pejabat SPRM Putrajaya pada Rabu. Foto Sinar Harian HISYAMUDDIN AYUB

PUTRAJAYA - Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dilihat meninggalkan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini jam 4.23 petang pada Rabu.

Berdasarkan pemerhatian pihak media, pasangan itu keluar dari pekarangan ibu pejabat SPRM dengan ditemani pegawai yang memakai jaket tertera nama suruhanjaya tersebut.

Iklan
Iklan

Pegawai wanita SPRM itu dilihat berada di kerusi hadapan kenderaan yang membawa Vivy.

Kehadiran pegawai SPRM di dalam kenderaan milik Vivy tersebut menimbulkan tanda tanya kepada pengamal media yang merakam situasi pada petang ini.

Iklan

Kenderaan Toyota Vellfire yang membawa Vivy dan suaminya keluar dari ibu pejabat SPRM Putrajaya pada Rabu. Foto Sinar Harian HISYAMUDDIN AYUB

Usaha pihak media untuk menemu bual pasangan itu gagal apabila kenderaan membawa kedua-duanya tidak berhenti, sebaliknya terus meninggalkan ibu pejabat SPRM.

Iklan

Menurut sumber, Vivy keluar dari ibu pejabat SPRM bagi mengambil beberapa dokumen yang diperlukan untuk siasatan.

Ditanya sama ada Vivy dan suaminya akan ditahan atau akan kembali ke SPRM Putrajaya, katanya, semua itu bergantung kepada pegawai SPRM yang menjalankan siasatan.

"Apa yang saya dimaklum, proses merakam percakapan pada hari ini telah selesai," katanya pada Rabu.