Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan pihaknya telah merampas hampir satu tan pil kuda sepanjang tempoh 10 bulan tahun ini bermula Januari hingga Oktober, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Menurutnya, ia melibatkan nilai sehingga RM65.54 juta dan situasi itu sekali gus menunjukkan betapa seriusnya isu pil kuda atau dikenali sebagai yaba dan 'ubat gila' di negeri ini.