Utara Gaza bukan tempat sesuai kelangsungan hidup manusia - Pegawai PBB

Iklan
Muhannad Hadi - Foto: UN

NEW YORK - Penyelaras Kemanusiaan PBB untuk Wilayah Palestin yang Diduduki, Muhannad Hadi menggambarkan situasi di satu daripada tapak penempatan sementara di utara Gaza sebagai menyedihkan, sambil menyatakan,"ini bukan tempat yang sesuai untuk kelangsungan hidup manusia," lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

"Kesengsaraan ini mesti berakhir dan perang mesti dihentikan. Situasinya berada di luar bayangan," katanya.

Iklan
Iklan

Muhannad Hadi dalam lawatan pertamanya ke kawasan itu sejak operasi ketenteraan terbaharu Israel di utara Gaza, berkata beliau mendengar kisah-kisah ngeri daripada penduduk yang ditemuinya dan berkata tiada siapa yang mampu menanggung apa yang dialami oleh penduduk di wilayah itu.

"Inilah mangsa perang ini, merekalah yang membayar harga perang ini - kanak-kanak di sekeliling saya di sini, wanita, warga emas," katanya.

Iklan

"Apa yang saya lihat sekarang sangat berbeza daripada apa yang saya lihat di utara Gaza pada September lepas. Di sekolah ini, 500 orang tinggal di sana, kini terdapat lebih daripada 1,500 orang. Terdapat kekurangan makanan, kumbahan di mana-mana, dan sisa serta sampah bersepah.”

Pegawai PBB itu melawat ruang pembelajaran sementara yang dipanggil Al-Nayzak di Jalan Al-Jalaa yang musnah, di mana khemah didirikan bagi memberikan pendidikan minimum. Ruang ini berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi kanak-kanak mengatasi trauma yang dialami sejak serangan bermula Oktober tahun lepas. - Bernama

Iklan