PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Komanwel, Patricia Scotland hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini dan membincangkan inisiatif dan kerjasama Komanwel antara Malaysia dan kumpulan itu.
Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat 40 minit itu adalah mengenai perubahan iklim, keganasan rumah tangga, rasuah dan perkongsian data dalam kalangan negara-negara Komanwel.