Penyokong United kena realistik

Iklan
RUBEN AMORIM. Foto: Agensi

RUBEN Amorim menegaskan bahawa Manchester United tidak akan dapat bermain seperti sporting Lisbon selepas kelab Portugal itu membelasah Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) pada awal pagi Rabu.

Amorim mengendalikan perlawanan terakhirnya sebagai ketua jurulatih Sporting di laman sendiri selepas memeterai kontrak selama dua setengah tahun dengan Red Devils bagi menggantikan Erik ten Hag.

Iklan
Iklan

Perlawanan di Stadium Jose Alvalade, Lisbon itu menyaksikan Amorim menamatkan kariernya di Sporting dengan bergaya apabila mencatatkan kemenangan 4-1 ke City dengan Viktor Gyokeres menyumbat hatrik pada malam tersebut.

Ia adalah keputusan dan persembahan yang pasti menggembirakan penyokong United, namun Amorim dengan cepat menjelaskan bahawa Red Devils tidak akan dapat meniru gaya permainan Sporting.

Iklan

Bercakap selepas perlawanan, Amorim berkata:"Kita tidak boleh membawa satu realiti ke tempat lain. United tidak boleh bermain seperti cara kami bermain, mereka tidak boleh begitu defensif.

"Sudah tentu, ia bagus untuk mengalahkan City. Tetapi saya akan hidup dalam dunia yang berbeza, kita perlu bermula dari sudut yang berbeza.”

Iklan

Walaupun keputusan perlawanan menunjukkan Sporting mendominasi permainan, tuan rumah hanya menguasai 27 peratus penguasaan bola.

Sporting juga hanya mencatatkan sembilan percubaan berbanding 20 percubaan oleh City dan berjaya menyempurnakan 181 hantaran berbanding 556 hantaran City.

Selepas perlawanan, Amorim melambaikan tangan untuk mengucapkan selamat tinggal yang penuh emosi kepada penyokong Sporting.

Beliau akan berhadapan dengan tugas berat untuk membalikkan keadaan bermula musim ini, dengan United kini berada di kedudukan ke-13 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan tanpa kemenangan di Eropah selama lebih setahun.

Sebelum perlawanan, satu tifo besar yang memaparkan perkataan 'obrigado' yang bermaksud 'terima kasih' dipamerkan, dengan wajah Amorim turut disertakan dalam paparan tersebut.

Di sebelah Amorim pula terdapat dua trofi kejuaraan yang dimenanginya dalam tempoh empat tahun bersama kelab itu, yang pertama adalah trofi pertama kelab selepas 19 tahun.

Amorim yang kelihatan emosional kemudiannya keluar untuk menerima plak peringatan yang mewakili pencapaiannya, kelihatan cuba menahan air mata sambil melambai kepada mereka yang hadir.

Pada akhir perlawanan, pengurus City, Pep Guardiola mengucapkan tahniah kepada pesaing masa depannya, derbi Manchester seterusnya hanya 40 hari lagi - sebelum Amorim berlari untuk meraikan kemenangan bersama pemain-pemainnya.

Amorim membuat satu pusingan penghormatan di Stadium José Alvalade dengan 50,000 penyokong hadir untuk mengucapkan terima kasih.

Pengendali berusia 39 tahun itu kekal di atas padang jauh selepas tamat perlawanan.