Ambil kira perjawatan, kewangan

Iklan
KPM disarankan supaya tidak hanya fokus kepada calon yang ada diploma pendidikan dalam usaha untuk menyelesaikan isu kekurangan guru. Gambar hiasan (Gambar kecil: Fouzi)

SHAH ALAM - Pembentangan resolusi berkaitan isu kekurangan guru perlu realistik dan berpandukan kepada geran peruntukan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MoF).

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon berkata, dua perkara iaitu jumlah perjawatan dan kewangan merupakan asas dalam penyelesaian masalah itu.

Iklan
Iklan

"Cadangan option matching bagus tetapi bagi saya, kaedah yang betul adalah dengan meningkatkan jumlah tawaran pengambilan terutamanya lepasan baharu universiti. Mungkin sebelum ini setahun dua kali tetapi boleh ditukar kepada tiga atau empat.

"Bagaimanapun, semua cadangan perlu kembali kepada geran peruntukan JPA dan MOF dalam menentukan sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya,” katanya pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, program Meja Bulat Diskusi Mencipta Resolusi bertajuk Sistem Pendidikan Malaysia: Selepas 60 tahun, di mana silapnya? membincangkan cabaran serta penambahbaikan sistem pendidikan negara selari dengan transformasi pada hari ini.

Menerusi program itu, 20 syor dirumuskan dan pendekatan serius yang perlu diambil kerajaan, antaranya dasar pendidikan berasaskan teknologi, penyelesaian isu kekurangan guru, memantapkan polisi pendidikan negara dan mengolah semula kurikulum dan kokurikulum.

Iklan

Mengulas lanjut, Fouzi berkata, dalam usaha untuk menyelesaikan isu kekurangan guru, tidak semestinya perlu difokuskan kepada calon yang ada diploma pendidikan sahaja.

Ujarnya, tawaran boleh diberikan kepada individu atau lepasan baharu universiti yang berminat menyertai bidang pendidikan dan satu kursus dalam perkhidmatan perlu diadakan untuk mereka.

"Kini saya lihat, banyak universiti tempatan menawarkan program diploma pendidikan secara luar kampus. Ini mungkin satu kaedah yang baik cuma saya harap perkara ini dapat dikawal.

"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu pantau supaya tidak disalah guna dan diambil kesempatan,” katanya.