Wanita guna kereta kawalan jauh beli makanan

Iklan
Wanita guna kereta kawalan jauh beli roti kukus di kedai bagi elak terkena wabak koronavirus. - Foto CGTN

SHADONG - Seorang wanita menggunakan kereta kawalan jauh untuk membeli roti kukus gara-gara tidak dibenarkan keluar rumah akibat wabak koronavirus di Wilayah Timur China, Shandong di sini.

Jarak pangsapurinya dengan kedai kira-kira 400 meter dan idea kreatifnya itu mencuri perhatian ramai yang kebetulan berada di kedai tersebut.

Iklan
Iklan

Kereta itu dilengkapi dua kamera yang berfungsi sebagai alat komunikasi antara wanita dan jurujual di kedai tersebut.

Malah menjadi pemandu arah untuk melihat jalan menuju ke kedai berkenaan.

Iklan

Setelah berjaya membeli roti tersebut, kereta itu pulang dan selamat tiba di rumahnya.

Sebaik tiba di rumah, wanita itu turut menyembur sejenis cecair pembersih di seluruh kereta dan plastik roti bagi mengelakkan terkena jangkitan wabak tersebut.

Iklan

Pendedahan tersebut dimuat naik di Twitter China Global Televisyen Network (CGTN) menerusi satu rakaman video berdurasi 48 saat.

Sebaik melihat video itu, netizen menyokong usaha wanita tersebut kerana idea itu sangat bernas ketika rakyat China tidak digalakkan untuk keluar dari rumah.

"Hanya perlu menggunakan alat kawalan jauh untuk membantu mendapatkan makanan. Sangat bagus idea ini," ciap HaiChen.