'Layanan mesra GRO terbantut'

Iklan
JIM Kuala Lumpur menahan 28 wanita asing dalam serbuan sebuah pusat hiburan di Kepong, Kuala Lumpur pada Rabu.

KUALA LUMPUR- Gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang sedang leka melayan pelanggan berhibur bertempiaran lari selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Serbuan Op Gegar bermula kira-kira jam 11 malam, pada Rabu, di sebuah pusat hiburan terletak di Kepong, di sini, turut menyaksikan tindakan agresif wanita terbabit yang cuba merempuh anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur gara-gara mahu meloloskan diri.

Iklan
Iklan
JIM Kuala Lumpur menahan 28 wanita asing dalam serbuan sebuah pusat hiburan di Kepong, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sinar Harian yang mengikuti operasi berkenaan mendapati cubaan beberapa wanita disyaki GRO itu gagal dengan kecekapan pasukan operasi.

Tinjauan juga mendapati premis dilengkapi dengan pintu 'rahsia' sebagai laluan belakang bagi melarikan diri.

Iklan
Sebuah pusat hiburan di Kepong, Kuala Lumpur disyaki menawarkan khidmat GRO dengan bayaran tip sekitar RM1,000 hingga RM10,000.

Antara yang dikesan, pusat hiburan berkenaan dipercayai menawarkan perkhidmatan GRO dengan bayaran tip RM1,000 sehingga RM10,000 berdasarkan selempang berbeza warna yang dipakai.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan dilakukan hasil risikan selama dua minggu.

Iklan

"Mengikut pecahan, wanita yang ditahan terdiri daripada 19 orang Thailand, Myanmar (2 orang) dan Vietnam (7 orang), manakala lelaki pula membabitkan seorang warga Indonesia dan Bangladesh (6 orang),” katanya kepada pemberita di sini.

JIM Kuala Lumpur menahan 28 wanita asing dalam serbuan sebuah pusat hiburan di Kepong, Kuala Lumpur pada Rabu.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 6(1)(c) akta yang sama.

Jelasnya, JIM turut menyiasat pemilik premis mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Tegas Wan Mohammed Saupee, JIM tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang melindungi atau menggajikan PATI dan tindakan tegas akan diambil mengikut lunas undang-undang.

Antara cubaan wanita asing disyaki GRO cuba melarikan diri melalui pintu belakang semasa serbuan JIM Kuala Lumpur, di sebuah pusat hiburan di Kepong, pada Rabu.