Israel bedil bangunan bersejarah di Timur Lubnan

Iklan
Serangan udara Israel pada Rabu telah memusnahkan sebuah bangunan bersejarah berhampiran kompleks kuil Baalbek di timur Lubnan. Foto AFP

BEIRUT - Serangan udara Israel pada Rabu telah memusnahkan sebuah bangunan bersejarah berhampiran kompleks kuil Baalbek di timur Lubnan.

Gabenor Baalbek-Hermel Bachir Khodr memberitahu Agensi Anadolu bahawa serangan itu menyebabkan kemusnahan bangunan bersejarah Manshieh.

Iklan
Iklan

"Bangunan ini terletak di kawasan yang diklasifikasikan sebagai tapak warisan dan berasal dari era Uthmaniyyah,” katanya.

Seorang pegawai Kementerian Kebudayaan yang enggan dikenali, memberitahu Anadolu bahawa"satu daripada serangan udara Israel memusnahkan bangunan bersejarah Manshieh, yang diklasifikasikan oleh kementerian dan berasal dari era Uthmaniyyah di Levant (1516-1918) serta terletak berhampiran dengan kompleks kuil Baalbek yang bersejarah.

Iklan

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, serangan udara Israel menyasarkan Baalbek,"City of the Sun,” yang terkenal dengan tapak arkeologinya, kebanyakannya bermula pada era Rom, menurut laporan itu.

Israel telah melancarkan kempen udara besar-besaran di Lubnan sejak akhir September terhadap apa yang didakwanya sebagai sasaran Hezbollah, dalam peningkatan konflik rentas sempadan antara Israel dan kumpulan Lubnan itu sejak permulaan serangan kejam Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Iklan

Sekurang-kurangnya 3,050 orang telah terbunuh dan hampir 13,700 cedera dalam serangan Israel sejak Oktober 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan.

Israel memperluas konflik dengan melancarkan serangan darat ke selatan Lubnan pada 1 Oktober. - Bernama-Agensi Anadolu