Pakar sejarah negara, Zainal Kling meninggal dunia

Iklan
Zainal Kling

SHAH ALAM - Pakar sejarah negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling meninggal dunia pada jam 4.30 pagi Khamis di Hospital Shah Alam.

Bekas Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Iklan
Iklan

Difahamkan, jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa pulang ke Surau Seksyen 3, Shah Alam bagi urusan pengebumian.

Allahyarham merupakan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) serta Ketua Eksekutif, Sekretariat Program Kongres Maruah Melayu yang dilangsungkan pada 6 Oktober 2019.

Iklan
Iklan

Pada Rabu, anak Allahyarham, Reza Zainal menerusi hantaran di Facebook memaklumkan ayahnya dibawa ke unit kecemasan hospital tersebut kerana tahap kesihatan yang semakin merudum akibat komplikasi diabetes dialami.