DOSM lancar indikator kos sara hidup PAKW, IKSH

Iklan
Pemenang pertandingan Pengucapan Awam Sekolah Menengah Harian sempena Sambutan Hari Statistik Negara dan Majlis Ulang Tahun Jubli Intan ke-75 di Pusat Konvensyen PICCA, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

SHAH ALAM - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah melancarkan statistik baharu bagi indikator kos sara hidup yang merangkumi Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) dan Indeks Kos Sara Hidup (IKSH).

DOSM dalam satu kenyataan berkata, ia bersempena Sambutan Hari Statistik Negara dan Majlis Ulang Tahun Jubli Intan ke-75 di Pusat Konvensyen PICCA, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, indikator itu bukan sahaja boleh dijadikan panduan dalam perancangan dasar yang bersesuaian, malah rujukan kepada rakyat dalam merancang dan menguruskan kewangan serta perbelanjaan.

Pemenang pertandingan akhir Debat Statistik Antara IPT siri ketiga sempena Sambutan Hari Statistik Negara dan Majlis Ulang Tahun Jubli Intan ke-75 di Pusat Konvensyen PICCA, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

"Selain itu, DOSM turut menerbitkan laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut daerah pentadbiran bagi 2015 hingga 2020 untuk dijadikan rujukan dalam merangka dan menilai pelan pembangunan di peringkat negeri serta daerah dengan lebih berstruktur.

Iklan

"Dalam persekitaran yang semakin kompleks, pembangunan perlu mengambil kira keperluan pelbagai peringkat termasuk kerajaan negeri dan daerah. Perincian data penting untuk perancangan yang lebih seimbang dan tepat,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan sambutan tersebut.

Iklan

Hadir sama, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin; Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid; Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron.

Sementara itu, DOSM berkata, seramai 479 peserta dari institusi pengajian tinggi (IPT) serta sekolah seluruh negara terlibat dalam program literasi data dan statistik rasmi manakala pemenang dalam tiga pertandingan peringkat kebangsaan telah menerima hadiah berupa wang tunai, piala dan sijil di majlis tersebut.

Kumpulan Nanoguardian dari Universiti Taylor’s merangkul Best Defence, Creative Thinking and Presenter Award dalam Malaysia Data Innovation Talent x DOSM Datathon 2024 (MDIT x DD).

"Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan akhir Debat Statistik Antara IPT siri ketiga dengan menewaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Multimedia.

"Seterusnya, johan pertandingan Malaysia Data Innovation Talent x DOSM Datathon 2024 (MDIT x DD) berjaya disandang kumpulan Nanoguardian dari Universiti Taylor’s yang turut merangkul Best Defence, Creative Thinking and Presenter Award.

"Bagi pertandingan Pengucapan Awam Sekolah Menengah Harian yang bertemakan ‘Pendapatan dan Kemiskinan di Malaysia serta ‘Kemudahan Asas Rakyat Malaysia’ pula dimenangi oleh Adhwa Humaira Shaiful Nizam dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Selatan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” ujarnya.