PDRM keluar 135.915 juta saman bernilai RM20.38 bilion dalam tempoh 34 tahun

Iklan
Mohd Yusri

KUALA LUMPUR - Kesalahan halangan lalu lintas serta mengabaikan lalu lintas di seluruh negara antara kompaun paling banyak dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, sebanyak 135,915,377 juta saman berdaftar dianggarkan bernilai RM20.38 bilion direkodkan dalam tempoh 34 tahun.

Iklan
Iklan

"Jumlah saman itu membabitkan pelbagai jenis kesalahan trafik sejak tahun 1990 hingga kini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke Balai Polis Trafik Tun H S Lee di sini untuk melihat sendiri pelaksanaan Program Tawaran Semakan dan Bayaran Saman Sehingga 50 Peratus pada Khamis.

Iklan

Mohd Yusri berkata, daripada jumlah terbabit, sebanyak 67 peratus saman telah dijelaskan melibatkan 92,317,493 juta saman setakat ini.

"Jumlah itu membabitkan nilai RM8.56 bilion manakala 33 peratus lagi masih tertunggak iaitu 44,597,884 saman (RM6.54 bilion).

Iklan

"Bagi tahun ini, sebanyak 4,307,956 saman berdaftar direkodkan daripada Januari hingga 6 November membabitkan RM646.19 juta,” katanya.