Laporan Langsung: Trump menang, Harris terima kekalahan

Iklan

Rumusan

Iklan
Iklan
Donald Trump telah dipilih sebagai presiden Amerika Syarikat untuk penggal kedua, hampir empat tahun selepas meninggalkan jawatan, dengan unjuran menunjukkan Republikan itu melepasi ambang 270 undi elektoral yang diperlukan untuk memenangi Rumah Putih dengan selesa.
  • .Pesaingnya dari parti Demokrat, Naib Presiden Kamala Harris, telah menghubunginya untuk mengucapkan tahniah. Dalam ucapannya, beliau menyatakan akan membantunya dalam proses peralihan dan terlibat dalam pemindahan kuasa secara aman.
  • Negeri di menangi Donald Trump: Missouri, Nebraska, Texas, Ohio, Louisiana, Wyoming, Alabama, Florida, South Carolina, Tennessee, Oklahoma, Mississippi, West Virginia, Kentucky, Indiana, Kansas, Utah, Montana, Kansas, Iowa, Idaho, North Carolina, Georgia, Nebraska (1), Maine (1), Pennsylvania, Wisconsin, Michigan, Alaska.
  • Negeri di menangi Kamala Harris: New York, New Jersey, Illinois, Delaware, Maryland, Connecticut, Massachusetts, Rhode Island, Vermont, Colorado, Maine (1), California, Washington, Virginia, New Mexico, New Hampshire.
12:30PM

Trump terima jemputan Biden ke Rumah Putih

Calon Republikan Donald Trump telah menerima jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden ke Rumah Putih, menurut pasukan kempen Trump pada Rabu.

Trump bersedia untuk penggal kedua yang bersejarah sebagai presiden AS selepas menewaskan calon Demokrat Kamala Harris dalam pemilihan ke Rumah Putih.

Iklan

Jurucakap Kempen Trump, Steven Cheung berkata, Biden menghubungi Trump untuk mengucapkan tahniah atas kemenangannya dan menyampaikan jemputan ke Rumah Putih bagi memastikan peralihan kuasa yang lancar antara pentadbiran.

Baca Berita

Iklan
Trump telah menerima jemputan Biden ke Rumah Putih.
11:48AM

Kemenangan Trump: Pasaran saham AS lonjak ke paras tertinggi

Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) melonjak ke paras tertinggi pada Rabu susulan kemenangan calon Republikan Donald Trump dalam pilihan raya presiden 2024, yang menandakan kepulangannya ke Rumah Putih.

Indeks Dow Jones Industrial Average meningkat 1,508.05 mata atau 3.57 peratus kepada 43,729.93. S&P 500 menambah 146.28 mata atau 2.53 peratus kepada 5,929.04. Indeks Komposit Nasdaq meningkat 544.29 mata atau 2.95 peratus kepada 18,983.47, lapor agensi berita Xinhua.

Lapan daripada 11 sektor utama S&P 500 berakhir dengan warna hijau, dengan kewangan dan industri mendahului kaunter untung dengan menambah 6.16 peratus dan 3.93 peratus. Sementara itu, hartanah dan barangan keperluan pengguna mendahului sektor yang paling lemah dengan masing-masing kehilangan 2.64 peratus dan 1.57 peratus.

Baca Berita

11:18AM

Kumpulan Muslim AS gesa Trump hormati janji kempen untuk keamanan

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) pada Rabu menggesa Presiden terpilih Donald Trump mengutamakan untuk menunaikan janji kempen pilihan rayanya bagi meneruskan keamanan di luar negara, termasuk menamatkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Kumpulan Muslim Amerika itu turut meminta pegawai Demokrat untuk mengambil pengajaran daripada kehilangan sokongan Naib Presiden Kamala Harris dalam kalangan Muslim dan pengundi lain yang menentang genosid di Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Pengarah Eksekutif Kebangsaan CAIR Nihad Awad dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tiada ahli politik atau parti yang memiliki undi Muslim.

Muka depan surat khabar di Melbourne pada 7 November memaparkan reaksi kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden AS. Foto AFP

Baca Berita

8:18AM

Dua negeri belum diumumkan lagi

AP masih belum mengisytiharkan Nevada dan Arizona – dua negeri perebutan di bahagian barat AS

Namun, Trump, yang telah mencapai ambang undi Elektoral untuk memenangi jawatan presiden, mempunyai kelebihan selesa di kedua-dua negeri.

Jika beliau menang di Nevada dan Arizona, beliau akan memperoleh 17 undi Elektoral lagi – menambah kepada kedudukannya yang sudah pun mendominasi dalam pilihan raya 2024.

8:04AM

Biden hubungi Trump ucap tahniah

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Rabu menghubungi Presiden terpilih Donald Trump untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan pilihan raya, menurut Rumah Putih.

Biden juga menjemput Trump untuk bertemu di Rumah Putih, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan itu, sambil menambah bahawa pihak kakitangan akan menyelaraskan tarikh khusus dalam masa terdekat.

Biden turut bercakap melalui telefon dengan Naib Presiden Kamala Harris, calon presiden Parti Demokrat dan mengucapkan tahniah kepadanya atas"kempen bersejarahnya," menurut kenyataan itu.

Baca Berita

7:18AM

Alaska diumumkan untuk Trump

AP mengisytiharkan Alaska untuk Parti Republikan, memberikan Trump tiga undi elektoral.

Trump sah memenangi Pilihan Raya Presiden AS selepas berjaya melepasi 270 undi dan kini mendahului dengan 295 undi, manakala Harris masih di angka 226.

7:08AM

Kamala Harris akur kekalahan, akan teruskan perjuangan

"Kita berhutang kesetiaan bukan kepada seorang presiden atau parti, tetapi kepada Perlembagaan Amerika Syarikat,” kata Harris.

"Walaupun saya akur dengan keputusan pilihan raya ini, saya tidak mengalah dalam perjuangan yang menggerakkan kempen ini.

"Itu adalah perjuangan yang tidak akan saya menyerah kalah." tambahnya.

7:00AM

Kemenangan Trump dirai dunia

Ucapan tahniah dizahirkan pemimpin dunia ke atas Donald Trump membanjiri platform media sosial pada Rabu selepas beliau mengisytiharkan kemenangannya meskipun keputusan rasmi belum disahkan.

Kebanyakan daripada mereka turut berikrar untuk bekerjasama dengan pentadbiran Trump selepas beliau kembali semula ke Rumah Putih.

Antara ucapan awal yang diterima adalah dari China, jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning tanpa merujuk bilionair hartanah itu secara langsung setelah hubungan antara kedua-dua negara itu agak tegang ketika pentadbiran penggal pertama Trump pada 2016.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov juga memberitahu wartawan beliau tidak dimaklumkan tentang sebarang rancangan dibuat Presiden Rusia, Vladimir Putin setelah Moscow berulang kali dituduh campur tangan dalam Pilihan Raya Presiden AS.

Anggota Biro Politik Hamas, Bassem Naim dalam satu kenyataan pula berharap pentadbiran Trump tidak lagi akan membabi buta menyokong entiti Zionis seperti pendahulunya.

Penyokong Trump bersorak gembira ketika pengumuman kemenangan calon Republikan itu.

Baca Berita