Lima termasuk seorang kerabat Pahang didakwa di Mahkamah Majistret di Kuantan pada Khamis atas tuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau, Jun lalu, lapor wartawan Sinar Harian Nik Amirulmumin Nik Min.
Tertuduh, Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, 20, Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39, Mohd Fouzi Md Nur, 44, Mohd Taufik Daud, 44, dan Khairul Azhar Rosli, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.