Kanak-kanak jelir lidah minta tandatangan Gerrad selepas 14 tahun

Iklan
Nickless ketika berusia 5 tahun mengejek Gerrad dan gambar kanan; Nickless selepas 14 tahun kejadian berlaku.

LONDON - Legenda Liverpool, Steven Gerrard tidak pernah terasa hati dengan ejekan seorang penyokong cilik Chelsea semasa perlawanan liga pada Februari 2006.

Penyokong tersebut, Jake Nickless, ketika itu berusia 5 tahun bertindak mengacah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Gerrard sebelum kanak-kanak itu mengejek dan menjelir lidah terhadapnya.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun video berkenaan mula tular semula di media sosial baru-baru ini.

Gerrad yang kini merupakan pengurus pasukan kelab bola sepak Rangers FC dalam biografinya berkata, dia tidak sesekali menyimpan dendam terhadap perbuatan si cilik itu sebaliknya insiden tersebut membuatkannya tersenyum sendiri dalam terowong sebelum perlawanan dimulakan.

Iklan

Dalam pada itu, Nickless, 19, berkata, ibunya membelikan buku dan gambar di dalamnya yang menunjukkan tindakannya terhadap Gerrad.

Nickless ketika ini bermain bola sepak di bahagian tengah buat pasukan North Greenford United di Liga Midlands Selatan, dan beberapa rakannya baru sahaja mengetahui mengenai perkara itu.

Iklan

"Saya menghantar salinan kepada Gerrard untuk mendapatkan tandatangan dan dia menandatanganinya. Rakan saya kerap menyatakan kami perlu bergabung semula.

"Video berkenaan menjadi viral setiap tahun. Tahun ini, salah seorang rakan saya kerap tuju kepada beberapa orang dan ini tahun pertama saya mendapat kelebihan daripadanya.

"Separuh daripada rakan saya tidak mengetahui bahawa itu adalah saya. Saya tidak pernah bercakap mengenainya sehingga beberapa minggu lalu malah ibu bapa saya juga tidak menyangka saya akan berkelakuan begitu, ” katanya dalam satu temu bual di BBC Radio 5, baru-baru ini.